Pages

Ads 468x60px

Sunday 15 July 2012

Cukupkah Dividen Tabung Haji 2012


Lembaga Tabung Haji (LTH) dijangka dapat mengagihkan dividen tinggi tahun ini kepada pendepositnya susulan pulangan menarik daripada pelaburan ditambah dengan hasil daripada penjualan pegangannya dalam syarikat perladangan di Indonesia.
Ini mencerminkan usaha keras lembaga tabung haji untuk memastikan modal pendeposit terus dilindungi dan dalam masa yang sama memberikan pulangan berbaloi dengan mereka, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ismee Ismail.
Beliau memberitahu Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa LTH akan memastikan semua pelaburan yang dibuat akan membuahkan hasil bagi mereka dan pendeposit mereka pada penghujung harinya kelak.
"Tahun lepas, kami mengisytiharkan dividen enam peratus (dan) harapnya, tahun ini, kami boleh mengekalkan prestasi kami. Kami berusaha keras untuk memastikan wang pendeposit Tabung Haji, modal, dilindungi dan memastikan mereka mendapat pulangan yang baik bagi simpanan mereka," katanya.
Pada Februari 2012, terdapat seramai 6.9 juta pendeposit dalam Tabung Haji.
Pulangan tinggi daripada pelaburan telah membolehkan LTH terus menyerap sebahagian daripada kos mengerjakan haji bagi rakyat Malaysia yang meningkat setiap tahun disebabkan faktor-faktor luar yang berbeza, kata Ismee.
"Alhamdulillah, dalam beberapa tahun lepas, kami telah memberikan subsidi kepada jemaah haji. Kami berupaya berbuat demikian disebabkan pulangan baik daripada pelaburan kami," katanya. - BERNAMA

* Sanggupkah kita keluarkan deposit TH untuk satu peluang lebih baik, yang mana hasilnya boleh digunakan untuk pakej haji PREMIUM? Tanpa perlu menunggu giliran yang lama, ke Tanah Suci pada usia muda, pakej haji yang lebih selesa dan menarik...fikirkanlah mereka yang tak mampu.