Pages

Ads 468x60px

Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan Bagi Anda Yang Hebat



Selamat menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang mulia dan penuh keberkatan bagi yang mengerjakan ibadah berpuasa dan memenuhi ruang waktunya untuk beribadah tak lain tak bukan, untuk mendapat ganjaran daripada Allah swt.

Apakah kita terfikir golongan yang kurang bernasib baik di luar sana? Bagaimana mereka berpuasa dan menjalani ibadah lain seperti bertarawih, bertadarus dalam keadaan yang mungkin sama sekali berbeza dengan kita.

Alhamdulillah, kita mungkin selesa sikit atau lebih baik daripada mereka. Tetapi apakah caranya kita boleh membantu mereka selain mengharapkan bantuan tetap daripada pihak berkenaan. 

Adakah kita menyumbang, atau membayar zakat? Alhamdulillah, dengan perniagaan saya ini potongan zakat pendapat telah dikenakan secara automatik. Sangat bagus dan memudahkan. Bonus pendapatan yang masuk setiap bulan itu tanpa syak lagi adalah halal dan bersih. Untuk makluman, sebelum ini saya hanya membayar zakat fitrah sahaja pada setiap tahun dan tidak terfikirpun akan membayar zakat pendapatan. Memang hebat perniagaan ini, dan anda pastinya juga seorang yang hebat jika mampu melaksanakannya!



Tuesday 17 July 2012

Kereta Apa Impian Anda Saya Tunjuk Jalan



Kereta apakah impian anda? Kereta impian kita mungkin tak sama. Kereta impian tak semestinya yang mampu dicapai dan juga tak semestinya mahal sehingga jutaan ringgit.

Kereta seperti Volkswagen CC yang baru diperkenalkan (seperti gambar di atas) dengan harga bermula RM226,967 boleh jadi impian saya, dan juga anda.

Mungkin ada yang tak minat, itu bukan masalahnya. Masing-masing citarasa dan selera tak sama.
Semoga anda mampu mencapai kereta impian masing-masing, tapi sebaiknya biarlah ia mampu direalisasikan. Maksud saya, boleh menjadi milik kita mengikut perkiraan matematik bersandarkan realiti. Jika tak tahu bagaimana, hubungi wakil kami (paparan sebelah kanan) yang berdekatan kediaman anda. 

Selamat menggapai impian!


Siapa Terkaya di Malaysia


Robert Kuok masih lagi terkaya di Malaysia
Berikut ialah senarai lengkap 20 orang paling kaya di Malaysia pada 2012 (sehingga 20 Januari 2012):
(Nama/ Kekayaan RM Juta/ Syarikat)                              

Robert Kuok Hock Nien 45,700.00 KerryGroup/KuokGroup

T Ananda Krishnan 42,998.00 Usaha Tegas

Tan Sri Teh Hong Piow 12,642.01 Public Bank

Tan Sri Lee Shin Cheng 11,356.55 IOI Group

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 9,530.00 Albukhary Foundation

Tan Sri Quek Leng Chan 8,002.92 Hong Leong

Tan Sri Lim Kok Thay 7,585.07 Genting Group

Puan Sri Lee Kim Hua 6,588.33 Genting Group

Tan Sri Tiong Hiew King 6,411.46 Rimbunan Hijau

Ong Beng Seng 4,919.56 Hotel Properties Ltd

Tan Sri Azman Hashim 3,470.00 Arab-Malaysian Corp

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun2,541.74 Berjaya Group

Datuk Mokhzani Mahathir 1,937.27 Kencana Petroleum

Datuk Lee Yeow Chor 1,787.85 IOI Group

Tan Sri Tony Fernandes 1,772.42 AirAsia

Lee Yeow Seng 1,746.00 IOI Group

Tan Sri Lau Cho Kun 1,721.64 Hap Seng Consolidated

Tan Sri Yeoh Tiong Lay1,711.84 YTL Group

Tan Sri Lee Oi Hian 1,589.97 Batu Kawan

Datuk Lee Hau Hian 1,586.18 Batu Kawan

* Adakah jutawan-jutawan ini membantu anda menjadi seorang jutawan juga?

Monday 16 July 2012

Gila, Pinjaman Peribadi Guna Airtime di Malaysia



Kepesatan industri telekomunikasi negara kini telah membuatkan alat peranti seperti telefon bimbit atau perkhidmatan perhubungan dianggap sebagai barangan keperluan ataupun komoditi.

Hal itu sebenarnya telah membuka idea kepada syarikat IDOTTV Sdn. Bhd. (IDOTTV) untuk mengendalikan perkhidmatan pembiayaan peribadi berlandaskan syariah menggunakan kredit masa berbual sebagai cagaran bagi meluluskan pembiayaan, dinamakan sebagai As-Sidq.

Pengarah Produk IDOTTV, Halim M. Dzin berkata, kredit masa berbual yang dianggap sebagai komoditi itu akan dicagarkan semasa proses permohonan pembiayaan antara peminjam, pihak bank, syarikat telekomunikasi serta pembeli tersedia. 

Jelasnya, kaedah tersebut telah bermula sejak 2009 dan mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia sebagai salah satu bentuk kewangan berlandaskan konsep Islam, kerana menepati piawaian yang memerlukan komoditi - dalam kes ini adalah kredit masa berbual untuk pembiayaan.


* Apabila sangat memerlukan wang, segalanya boleh dicagarkan...


Wang Kertas Siri Baru Malaysia



Wang kertas siri baru akan berada dalam edaran mulai Isnin ini.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, wang kertas baru tersebut adalah sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama dengan wang kertas sedia ada.

“Wang kertas sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur dan orang ramai boleh mendapatkan wang kertas baru ini melalui urusniaga biasa mereka," katanya.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.
Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus 
dan petak kilat berwarna.

Golongan kurang upaya penglihatan boleh menggunakan ciri khusus seperti pengenalpastian secara sentuhan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.
Wang kertas siri baru ini terdapat dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
BNM mengingatkan semua pihak berkaitan untuk mempercepat pengubahsuaian mesin mereka agar dapat menerima wangkertas siri baru itu untuk kemudahan orang ramai. (Utusan)


* Duit kertas baru, tapi nilainya semakin susut. Apa yang kita beli 10-15 tahun dulu tak sama harga seperti sekarang!


RM3,000 Gaji Sebulan Miskin di Bandar






Kita tak patut miskin di Malaysia. Malah saya memetik kata-kata seorang pendatang negara jiran ke Malaysia.
"Di Malaysia, wangnya bersepah di jalan raya". Apakah maksudnya? Anda renungkanlah mengikut kebijaksanaan anda.
"Mereka yang berpendapatan RM3,000 
ke bawah dapat dikategorikan sebagai miskin bandar".
(Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin)

* Bangga apa duduk di bandar besar seperti KL kalau gaji kecik jadi taruhan!

 

Sunday 15 July 2012

Cukupkah Dividen Tabung Haji 2012


Lembaga Tabung Haji (LTH) dijangka dapat mengagihkan dividen tinggi tahun ini kepada pendepositnya susulan pulangan menarik daripada pelaburan ditambah dengan hasil daripada penjualan pegangannya dalam syarikat perladangan di Indonesia.
Ini mencerminkan usaha keras lembaga tabung haji untuk memastikan modal pendeposit terus dilindungi dan dalam masa yang sama memberikan pulangan berbaloi dengan mereka, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ismee Ismail.
Beliau memberitahu Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa LTH akan memastikan semua pelaburan yang dibuat akan membuahkan hasil bagi mereka dan pendeposit mereka pada penghujung harinya kelak.
"Tahun lepas, kami mengisytiharkan dividen enam peratus (dan) harapnya, tahun ini, kami boleh mengekalkan prestasi kami. Kami berusaha keras untuk memastikan wang pendeposit Tabung Haji, modal, dilindungi dan memastikan mereka mendapat pulangan yang baik bagi simpanan mereka," katanya.
Pada Februari 2012, terdapat seramai 6.9 juta pendeposit dalam Tabung Haji.
Pulangan tinggi daripada pelaburan telah membolehkan LTH terus menyerap sebahagian daripada kos mengerjakan haji bagi rakyat Malaysia yang meningkat setiap tahun disebabkan faktor-faktor luar yang berbeza, kata Ismee.
"Alhamdulillah, dalam beberapa tahun lepas, kami telah memberikan subsidi kepada jemaah haji. Kami berupaya berbuat demikian disebabkan pulangan baik daripada pelaburan kami," katanya. - BERNAMA

* Sanggupkah kita keluarkan deposit TH untuk satu peluang lebih baik, yang mana hasilnya boleh digunakan untuk pakej haji PREMIUM? Tanpa perlu menunggu giliran yang lama, ke Tanah Suci pada usia muda, pakej haji yang lebih selesa dan menarik...fikirkanlah mereka yang tak mampu.

Saturday 14 July 2012

Pembelajaran Cara Baru Tinggalkan Cara Lama



BANGALORE 11 Julai - Pembelajaran berterusan merupakan asas bagi kelangsungan hidup dalam dunia kompetitif dan organisasi seperti Institut Pengurusan Asia (AIM) memainkan peranan penting dalam menyediakan platform itu, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

"Asas bagi kelangsungan hidup pada hari ini ialah meninggalkan cara pembelajaran yang lama dan ketinggalan zaman dan menggunakan kaedah baru pembelajaran yang lebih relevan dengan persekitaran kontemporari."

"Sesetengah pihak menyifatkan ini sebagai mengubah cara berfikir," kata isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu pada mesyuarat AIM Alumni di sini hari ini.

Rosmah, dalam rangka lawatan sehari ke Bangalore, dijadual menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Developing Talent for the Future" (Membangunkan Bakat untuk Masa Depan) pada Kongres Anugerah Asia HRD (Human Resources Development) 2012 lewat hari ini.

Turut hadir bekas Presiden Filipina Fidel V. Ramos, dan M. P. Singh yang merupakan Pengerusi Federation of AIM Alumni Association Inc dan Presiden Persatuan Alumni AIM India.
Rosmah berkata, teknik pada zaman dahulu mungkin tidak boleh lagi diguna pakai untuk menangani masalah pada zaman ini.

"Dalam landskap sebegitu, pembelajaran kita tidak boleh berhenti, atau kita mungkin berisiko ketinggalan di belakang oleh rakyat kita dan organisasi kita.

"Tanpa mengira betapa tinggi pendidikan kita, kita tidak boleh menutup hati dan minda kita terhadap kitaran pembelajaran," katanya.

Rosmah, yang mendapat latihan di AIM di Manila pada 1984, seterusnya berkata: "Institusi seperti AIM memberikan kepada kita sokongan untuk kita meneruskan pembelajaran. Di AIM, kita diajar yang kita perlu menjadi pemimpin merentas sempadan dan pengurus tatkala kita berdepan dengan isu merentas sempadan.
"Untuk muncul sebagai bakat global dan mampu untuk beroperasi di mana-mana bahagian di dunia, keperibadian tinggi dan kecekapan diperlukan dalam dunia pasaran bebas kini.

"Bagi kebanyakan kita, latihan di AIM telah membuka pelbagai peluang baru dan banyak juga daripada mereka, telah berada di tempat yang mereka inginkan." - BERNAMA.

* Dunia semakin moden, penggunaan komputer dan gajet semakin rancak. Internet di mana saja. Terfikirkah kita kini segalanya internet, perbankan internet, e-government, urusniaga online...bagaimana pula dengan pendidikan dan pembelajaran? Adakah kita ambik peduli, ambik tahu?