Pages

Ads 468x60px

Monday 16 July 2012

Wang Kertas Siri Baru Malaysia



Wang kertas siri baru akan berada dalam edaran mulai Isnin ini.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, wang kertas baru tersebut adalah sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama dengan wang kertas sedia ada.

“Wang kertas sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur dan orang ramai boleh mendapatkan wang kertas baru ini melalui urusniaga biasa mereka," katanya.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.
Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus 
dan petak kilat berwarna.

Golongan kurang upaya penglihatan boleh menggunakan ciri khusus seperti pengenalpastian secara sentuhan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.
Wang kertas siri baru ini terdapat dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
BNM mengingatkan semua pihak berkaitan untuk mempercepat pengubahsuaian mesin mereka agar dapat menerima wangkertas siri baru itu untuk kemudahan orang ramai. (Utusan)


* Duit kertas baru, tapi nilainya semakin susut. Apa yang kita beli 10-15 tahun dulu tak sama harga seperti sekarang!